Monday, March 28, 2011

DI SEBALIK BANJIR...

DI SEBALIK BANJIR...


 


Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di gemparkan dengan banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya. Akan tetapi, hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... atau TSUNAMI, Jika difikir secara mendalam, jika banjir kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada Tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada banjir 'dasyat'.

"Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi
sesuatu kawasan atau tempat yang luas.

Limpahan yang tidak dapat dibendung menyebabkan sesuatu kawasan itu dinaiki air. Arus sedang meningkat naik telah membawa kepada pergerakan di atas dan di bawah dasar. Air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan Tsunami. Banjir yang paling teruk ialah banjir yang berpunca dari laut. Hampir 14 buah pulau dan negara yang akan lenyap disebabkan oleh arus laut yang semakin mendadak. Hal ini demikian kerana limpahan air yang semakin tinggi berpunca daripada ais di Kutub Utara semakin mencair. Pulau-pulau yang berkemungkinan hilang ialah Sychelles, Tuvalu, Kiibati dan palau serta Maladewa di Samudra Hindia.

Banjir yang berpunca dari laut berkemungkinan menyebabkan banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S

Sekadar renungan...fikir-fikirkan.....